MENYELENGGARA LESEN PERISIAN

MENDAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI LESEN PERISIAN

  • Setiap perisian mempunyai lesennya yang tersendiri.Contohnya perisian syarikat  Microsoft.

  • Boleh dikatakan semua perisian mempunyai lesennya sendiri mengikut prosidur syarikat berkenaan.

  • Terdapat juga syarikat yang hanya memberikan perisian secara percuma.contohnya seperti linux dan star office.

  • Selalunya perisian yang mempunyai lesen akan lebih banyak dicetak rompak berbanding dengan perisian yang percuma,kerana lesen perisian tersebut mahal.

  • Bagi perisian yang mempunyai lesen, untuk memasang sesuatu perisian, contohnya Microsoft windows mestilah mempunyai lesen yang sah supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang.

  • Sehingga kini banyak syarikat-syarikat dan juga individu menggunakan perisian yang dicetak rompak oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

  • Bagi mendapatkan maklumat mengenai lesen perisian maka perlulah mengetahui dahulu mengenai perisian tersebut dan jenis lesen yang digunakan.

  • Perlulah mengetahui perbezaan antara lesen-lesen perisian yang ada.

  • Lesen-lesen yang terdapat dipasaran mempunyai jenis-jenis yang berbeza maka perlulah mengenalpasti jenis-jenis lesen yang perlu untuk sesebuah syarikat atau individu.

  • Selalunya ada dua jenis lesen yang dikeluarkan iaitu :

   *Open License

   *Single License

  • Bagi lesen-lesen untuk sesebuah syarikat pula terdapat beberapa jenis lesen seperti business license,Education license dan Corporation.

PERISIAN MENAIK TARAF

  •  Tiap-tiap perisian mempunyai versi-versi yang telah ditetapkan oleh pengeluar perisian.

  • Untuk menaiktaraf perisian kepada versi yang baru maka perlulah mendapatkan lesen perisian tersebut yang terbaru.

  • Lesen perisian yang lama tidak boleh digunakan kerana ia terhad kepada versi yang lama sahaja.

  • Lesen mestilah diperbaharui,jika lesen yang sedia ada telah tamat tempoh.Ini bergantung kepada perjanjian yang ada diantara pengguna dengan perisian.

  • Lesen perisian mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan supaya ianya sah.

MENDOKUMENTASI LAPORAN LESEN PERISIAN

  • Segala aktiviti yang dilakukan perlu direkodkan supaya mudah dirujuk pada masa hadapan.

  • Setiap kali pemeriksaan  lesen perisian,juruteknik berkenaan perlulah membuat senarai semak (Checklist) bagi setiap kali pemeriksaan dan juga perbaharui lesen perisian.

  • Untuk membuat kedua-dua tugas tersebut,juruteknik berkenaan perlu mengetahui mengenai prosedur setiap lesen perisian yang digunakn.

MENGENALPASTI PENCEROBOHAN PERISIAN

  • Bagi mengurus sesuatu perisian seseorang yang bertanggungjawab menjaga lesen,haruslah peka mengenai lesen-lesen perisian yang telah dipersetujui.

  • Juruteknik haruslah memberitahu atau melaporkan mengenai status lesen perisian tersebut apabila hampir tamat tarikh penggunaannya.

  • Masalah-masalah lain yang berkaitan dengan perisian dan lesen juga harus dilaporkan.

  • Ini perlu supaya perisian yang digunakan dapat terus berfungsi dengan sepenuhya dan tidak menganggu perisian lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s