APLIKASI PERISIAN

PENGENALAN

Perisian aplikasi yang menggunakan keupayaan komputer secara langsung dan sepenuhnya bagi melaksanakan tugasan yang diingini pengguna dan ianya, mempunyai pelbagai jenis variasi perisian mengikut kehendak penggunaan.Perisian aplikasi juga dikenali sebagai program pengguna akhir ianya seperti program pemproses perkataan,hamparan elektronik dan perisian persembahan.Beberapa perisian aplikasi disekalikan menjadi satu pakej yang kadangkala dikenali sebagai suite aplikasi.Sebagai contoh, Microsoft Office dan Openoffice.org yang menggabungkan sekali pemproses perkataan, helaian kerja, dan beberapa perisian penggunaan kecil.Perisian aplikasi yang berasingan dalam satu a suite biasanya mempunyai antaramuka pengguna yang mempunyai persamaan dan ianya, menjadi lebih mudah bagi pengguna bagi mempelajari dan menggunakan setiap perisian aplikasi.

FUNGSI PERISIAN APLIKASI

Perisian aplikasi merupakan perisian komputer yang direka bagi membantu pengguna melaksanakan sesuatu tugasan dan ianya, bergantung kepada reka bentuk kerja yang dijalankan.Pemilihan perisian aplikasi bergantung kepada keperluan dan fungsi yang ingin dilaksanakan.Perisian aplikasi mampu mengendali teks, nombor, grafik, atau menggabungkan kesemua unsur tersebut.Antara fungsi perisian aplikasi ialah menulis surat, membuat dokumen, pengiraan, menyusun data, penerbitan majalah dan sebagainya.

JENIS-JENIS PERISIAN APLIKASI

  • Pemproses perkataan

  • Hamparan elektronik

  • Perisian persembahan

  • Penyunting web

  • Penyunting video

  • Hiburan / multimedia

  • Penyunting grafik

  • Alat pengarangan

  • Pelayar internet

  • Perakaunan

  • Pengaturcaraan

  • Penerbitan desktop

  • Pangkalan data

KEBAIKKAN MENGGUNAKAN PERISIAN APLIKASI SECARA SAH

Kebaikkan :

  • Perisian yang lengkap.

  • Bantuan teknikal jika ada kerosakkan pada perisian.

  • Menerima upgrade perisian  dan muat turun patch secara percuma atau harga yang dikenakan lebih murah.

  • Perisian yang sah biasanya mempunyai  guarantee bagi membukti  bahawa perisian tersebut sah dan asli(Original).

  • Dokumentasi yang lengkap.

  • Perisian tanpa sebarang virus.

  • Jika anda pengguna yang sah ,anda tidak perlu takut kepada risiko yang akan dikenakan.

Keburukkan :

  • Perisian yang sah biasanya memerlukan  kos yang tinggi untuk memilikinya.

  • Anda perlu mendaftar.

  • Anda perlu sentiasa Update dan ianya,memerlukan internet.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN JENIS-JENIS LESEN PERISIAN

Kebaikan Public Domain

  • Perisian jenis ini,boleh disalin (copy) atau muat turun (download).

  • Tidak perlu lesen perisian.

Kekurangan Public Domain

  • Tiada jaminan yang diberikan.

  • Risiko rosak akan ditanggung sendiri oleh pengguna perisian ini.


Kebaikan Freeware Software

  • Perisian ini boleh dimuat turun dengan percuma.

  • Tidak memerlukan lesen.

Keburukan Freeware Software

  • Kerosakkan perisian tiada jaminan.

  • Tidak mendapat versi perisian yang terbaru.


Kebaikan Shareware Software

  • Boleh berkongsi lebih dari satu pengguna.

  • Ianya percuma.

Keburukan Shareware Software

  • Perisian tidak dapat dikongsi jika pemilik perisian tidak membenarkan.

  • kerosakan tanpa jaminan.


Kebaikan Commercial Software

  • Boleh mendapatkan versi perisian yang terkini.

  • Servis adalah percuma sementara.

Keburukan Commercial Software

  • Perlu sentiasa update dan memerlukan internet.

  • Ianya berbayar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s